- Bergerak menyebar dan mengembangkan agama Islam melalui konsep “pembangunan insan” iaitu memberi bantuan / pertolongan kepada anak-anak yatim, pelajar ma’ahad tahfiz, masyarakat orang asli, warga tua dan sebagainya secara realistik, bersepadu, strategik dan profesional.
- Melahirkan insan berkualiti kepada kefahaman fardhu ain dan fardhu kifayah sejajar matlamat memantapkan kesedaran ummah dan mendekatkan diri kepada Allah swt dan syiar Islam melalui pendekatan berdakwah.
- Memantapkan pengurusan Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan secara agresif dan kolektif meliputi aspek kewangan, pelaburan dan pentadbiran supaya Yayasan dapat bergerak lebih aktif kearah pencapaian matlamat, objektif, visi dan misi.
- Menghidupkan budaya amal jariah melalui prasarana yang kompetatif agar masyarakat dapat melaksanakan sedekah jariah melalui pengurusan moden bagi memantapkan kebajikan ummah dan pembangunan institusi Islam.